DITAJA OLEH :

♥welcome to anyss reen lyfee

Monday, December 6, 2010

si dia pujaan hati ♥

hari ini saya nak kenalkan semua dengan seseorang.ceh bajet macam ada ja yang baca belog comel aku ni
>.<

nama dia KIKI.saya memang tak suka dia.saya tak benci cuma tak suka jaa.dah cuba dah pupuk kasih sayang untuk dia tapi masih tak boleh aisyemann ayat kalah budak spm nak buat karangan bm.dia baru je umur dalam dua,tiga atau empat tahun memang tak pernah ambil tahu pun sebenarnya -________-


awal awal dulu saya memang tak tahu pasal dia sebab masa tu duduk dekat kolej tiba tiba ja adik tak comel saya,IMRAN mention dekat mukabuku yang dia ada adik angkat baru.comel.putih melepak kalah matsalehh.mata bulat.rasa macam nak balik rumah saja masa tu keeksaitednya nak tengok dia yang disanjung sangat oleh IMRAN.malam malam asyik teringat jaa (okay ini tipu)


bila dah balik rumah dengan perasaan yang teruja,jantung dup dap dup dap lajuuu,hati gelisah dan gundah gulana,perasaan over eksaited bercampur keterujaan yang amat mendalam untuk bertemu dengan dia.perasaan ini kalah perasaan orang nak kahwin , kalah perasaan masa nak ambil result spm dan kalah perasaan bila mula mula nak buat belog.OHH-EMM-GEEE.


bila mata bertentang mata.hidung bertemu hidung tiada apa yang mampu diluahkan selain menjerit sekuat hati.
OHH-EMM-GEEE again and again OHH-EMM-GEEE kenapakah dunia ini begitu kejam.dan dia juga tidak terkata apa cuma memandang dengan mata bulatnya dan lari jauh jauh dari saya.baguslah.mungkin terpukau dengan suara nyaring saya -_______-

sekarang bila jumpa dia saja mesti saya lari jauh jauh.kalau duduk atas sofa tiba tiba nmapak dia terus lari dekat meja makan.kalau dia datang dekat meja makan terus lari masuk bilik.kalau dia datang bilik terus lari masuk bilik air.memang tak nak bertembug langsung.memanglah dia comel tapi saya tak bolehnak terima dia nak buat cmna dah paksa sepaksanya dah cuba sayang tapi tak boleh.kata orang cinta ni tak boleh dipaksa kan.

tapi bila dah hari hari pandang muka dia sikit sikit persaan benci dah kurang.bila dah hari hari bangun pagi nampak dia sikit demi sikit dah boleh terima dia dalam hidup ni dalam keluarga ni dalam rumah ni.walaupun tak dapat terima sepenuhnya at least TUHAN dah buka pintu hati nak terima dia.dan bila jumpa dia saja rasa macam nak nyanyi youu are the only exception youu aree thee only exception err yang tu ja yang saya hafal.

okay dah tiba masa nak kenalkan diaa yang menjadi pujaan adik saya selama ini JENG JENG JENG



tarik nafas duluu




dah sediaa









satu


















duaa














tiga











err bukan ini maaf terinframe -___________-









betul betul dah sedia











mempersilakan KIKI atau nama sebenar KIKILALA 



macammana comel tak?ini adalah kerja seharian beliau


agak agak ada harapan jadi model tak?


frust bercinta dengan kucing sebelahh



OKAY.apaapapun doakan semoga saya dapat terima dia sepenuhnya dalam hidup saya.ceh bajet macam cakap pasal bakal suami ajaa.okay dah byee.selamat malam.bertemu lagi lain kali.
www.tips-fb.com

Friday, November 5, 2010

pengalaman tragis

Hari ini hari AHAD , sekarang pukul 1.21 PM , hari ini anda bersama saya lagi misblablablaa dalam episod yang benar benar menyentuh hati , serius nak menangis ni tisuu pliss sob sob cehh bajet sedih -___- okay fine masa untuk serius.pertama kali dalam hidup saya merasai pengalaman sebagai mangsa banjir , eh ehh macam bangga pulak jadi mangsa banjir ni ,KAHKAHKAH.pertama kali jauh dari family,pertama kali meninggalkan rumahku syurgaku pergi berjuang untuk melanjutkan pelajaran di menara gading (rasa macam buat ayat darjah 1),dan pertama kali juga merasai pengalaman pelik pelik begini.tak apa kata orang pengalaman mematangkan fikiran.


okay mula mula macam ni petang tu cuaca gelap , hujan turun lebat gilaa segila gilanya , angin bertiup gila kencang habis semuanya bergoncang ( okay jangan fikir bukan bukan). tong sampah sampai menari nari dekat pintu bilik.selipar roomate terbang sampai 2km(okay ini tipu)lepas tu siang dah rasa macam malam ,best memang best bukan senang nak dapat suasana macam ni dekat tempat saya belajar.selalunya panas terik sampai air peluh mencurah curah hingga ke ladang gandum tapi kali ini memang lain.okay , suspen tak?
 -__-


perasaan best tu dah tukar jadi seram ,hujan turun makin lebat dan tak henti henti sampai 2-3 hari.serius memang pelik keadaan macam ni.rasa macam duduk dekat negeri yang ada salji turun atas kepala.okay mula mula macam cool lagi ,mungkin tiada apa apa kut , okay itu moto hidup saya , rilex itu cool (la sangat kan) sampailah kan bila pandang dekat belakang hostel eh bila pulak ladang dekat belakang ni ada sungai.pffftt , OHH baru ku sedar cool tadi tu memang dah tak boleh cool.rasa macam mimpi di siang hari.macam biasa apa apa jadi orang pertama saya akan call mama saya , mama sini air dah naik, sana hujan tak gila bersemangat bercerita biasalah pertama kali tengok banjir memang agak teruja sikit..okay itu kejadian tragis pertama.


macam biasa kalau dah stay up paling awal bangun tengahari dan sayalah orang yang selalu jadi orang terakhir yang bangun dalam bilik , okay sekali lagi bangga gila -_- dan dengarlah roomate cerita dekat food court bawah bapak ramai orang.makanan kurang , sampai ada student yang mengamuk sebab benda ni.smpaikan student lelaki masuk food court hostel perempuan nak cari makanan , sungguh jelas wajah wajah  kebuluran masing masing.okay itu kejadian tragis kedua.


petang yang indah itu dengan cuaca yang memang redup memang mata juga akan redup tapi tiba tiba je pengumuman dibuat.MINTA PERHATIAN blaablablaa ( tak hafal pulak skrip dia tapi yang pasti 2,3 jam lepas tu air akan tiada)duhh mata yang redup terus jadi segar bugar.floor jadi meriah seketika semua lari bertaburan.nasib saya memang agak baik sebab duduk paling dekat dengan toilet dan sayalah dan roomate orang pertama yang menguasai toilet,KAHKAHKAH.semua hari tu yang malas mandi terus rajin mandi ,yang tak mandi seminggu terus mandi hari tu eh ehh ada ke yang tak mandi seminggu?dan setelah bangga menjadi antara yang pertama berebut shower bila keluar saja wahhh pertama kali tengok bilik air ramai macam ada padini sale.

okay bermula saat itu hidup terseksa. saya mula rasa pengalaman mandi kerbau , pengalaman turun naik tangga ambil air dekat bawah sampai tangan rasa nak putus ,sakit belakang , sakit sendi , tulang belakang , sakit hati segala sakit sakit yang memang sakitlah.bayangkan hidup tanpa air rasa hilang nikmat.memang gila dugaan ,dah tu pulak time final paper , adess serius rasa macam nak berenang balik penang.sehari 3-4 kali turun naik ambil air , memang exercise sungguh tak payah pergi gym lagi muscle pun boleh naik sebab angkat air dah tu duduk aras 3 , memang fuhh indah gila (la sangatkan)tak perlu cerita lebih lebih hanya yang rasa boleh tahu macam mana seksanya.


dan hari ini betul betul indah semalaman tak tidur semalam , pukul 6 pagi dengar kecoh kecoh dekat luar cakap air dah ada.patutlah tak boleh tidur dah dapat rasa macam air dah ada ceh bajet padah nak cover tidur lewat.bahgianya rasa macam ahh ahh ahh , tak dapat diungkap dengan kata kata , tak dapat diluahkan dari dalm hati ,tak dapat nak gambarkan bagaimana okay ini serius gedik.

mari cuci mata sama sama


wajah wajah suci sebelum dilanda banjir





berus gigi antara mangsa banjir yang tak dapat diselamatkan.

OKAY , doakan semoga semua cepat cepat baik.saya nak cepat cepat balik penang dah tak sanggup duduk sini lama lama dah.penang , wait for me 
www.tips-fb.com

Wednesday, October 20, 2010

adess , TAK SUKANYAAA

di kala malam-malam begini terasa sepi amat , ceh macam nak buat karangan 'KEKASIH SAYA TINGGALKAN SAYA' okay fine memang tiada kena mengena -__-


dah lama kan tak taip taip merapuu , tules dekat laman ni , ehh renduu betullahhh biasalah sejak jadi 'BUDAK BAIK' ni kerja mengadap bukuu jee 24 hours(tipu)


pernah tak siapasiapa rasa macam ni?fikiran melayang layang macam layang layang,layan lagu jiwang karat sekarat karatnya , kalau dulu konon konon layan lagu 'omputihh' jee tiba tiba layan lagu melayu yang memang cakap saya sentaa awakk , saya renduu awakk , saya sayang awak , saya tak boleh hidup tanpa awak , awak nyawa saya , awak jiwa saya , awak saya punya , awak blablablablaablaablaa okay dah tiba tiba rasa macam gedik gila.ehh tape sebenarnya gedik itu comel.



lepas tu 24 hours tengok handphone ,24 hours pegang handphone tu ,ada bunyi je cepat cepat picit butang open lepas tu senyum sorang sorang macam dia sorang je ada gigi lepas tu cepat je reply sampai kan keypad tu berlubang lepas tu senyum lagi .lepas tu dalm hati cakap 'OHH DUNIA INI AKU YANG PUNYA' sambil rasa ada salji turun atas kepala . err melampau sangat kee?


lepas tu pulak mandi tak kenyang , makan tak basah hidup tak keruan.siang rasa malam , malam rasa malam , eh eh pelik je bunyi.hati gundah gulana terindu sana terindu sini , makan nampak dia ,minum nampak dia , buang nampak dia , memang macam dalamm cerita senta senta dekat wayang tuuu..


okay dah tak sanggup nak teruskan..eh penyakit apa ni?ada siapa siapa boleh jelaskan tak apa sebenarnya yang dah jadi dekat saya.saya tak sukaa laa rasa macam ni
 -___- www.tips-fb.com

Thursday, September 30, 2010

saya sayang BELIAU

saya ada seorang kawan.kawan saya namanya blablabla eh eh kenapa tiba tiba rasa macam nak tulis karangan tahun satu 'SAHABAT SAYA'.err okay fine memang tak lawak -____- dah lama tak hupdate belog , dah lama tak belogrunning maaf ya kepada semua peminat saya yang menyokong saya dari kiri kanan depan belakang eh eh over pulak ,KAHKAHKAH bajet aretis.

back to the topic


dulu dulu masa awal awal saya memang tak suka beliau.serius ,saya tak tipu muka suci macam ni mana reti tipu tipu ni =.= masa awal awal masuk kelas kenal masa tu saya hanya kenal seorang umat manusia saja iaitu tettttttt namanya juga terpaksa dirahsiakan dan apabila saya terpandang beliau saya tak rasa pun macam nak kawan dengan beliau dan tak berminat pun nak kawan dengan beliau ,eh eh kenapa jujur sangat ni -___-


saya masih ingat masa awal awal bulan dulu ,beliau selalu datang seorang diri dalam omputih kata alone.lepas tu beliau akan pakai bedak banyak banyak dan akan kelihatanlah keputihan keputihan di wajah beliau.serius ,saya takut tengok beliau.dan setiap hari saya akan tertanya tanya beliau ni memang tak suka tengok cermin ke atau beliau ni semangat nak pergi kelas sampai tak sempat nak tengok cermin err maaf saya tak perlilah.


dan sehari tu TUHAN nak tunjuk dekat saya mungkin saya bergaduh dengan umat yang hanya seorang saya kawan tu dan entah macammana saya boleh 'ter'kawan dengan si beliau yang selama ini saya rasa saya tak berapa suka ini.OHHHHMYYYGODDD dah kenal beliau baru saya tahu beliau ini memang superfunny,superstok untuk dibuli , supersavers dan segala superlahh,KAHKAHKAH.tapi lepas tu kan saya dah baik balik dengan yang saya gaduh tu dan dan bermulanya saat itu jugalah kitorang tiga jadi sangat sangat rapat.dan hari hari jugalah dia buat saya tak kering gigi gusi.


SITUASI PERTAMA.

masa tu kelas BEL(english class)setiap orang kena buat mcam speaking exercise dekat depan cerita pasal 'my hometown'.okay tiba tiba lecturer tu panggil nama beliau.beliau dengan sengih sengihnya datang depan dengan bawa kertas conteng dekat tangan entah apa apa beliau tulis saya pun tak tahu.lepas tu beliau pun cakap cakap blablaaablaa tapi kan sambil beliau cakap beliau gelak ,beliau cakap beliau gelak saya hairan beliau ni buat speaking exercise  dekat depan ke laughing exercise.

SITUASI KEDUA.

kejadian ini baru saja berlaku semalam.semalam saya datang bilik beliau nak suruh beliau ajar saya math.lepas itu kan saya te'bau' something dan saya cakaplah dekat beliau '****** bau tak?wangi laa' sambil saya mengembang kempiskan hidung.beliau buat muka serius lepas tu cakap 'tak baik tegur'.terus muka saya terus pucat.segala bulu bulu yang ada habis terbang meremang.lepas tu dengan selambanya beliau cakap tu 'kak radin punya burgerlah'.demmmmmm it.


SITUASI KETIGA.

masa ni tengah on da way nak balik kelas .tiba tiba one of us buka cerita pasal kes budak sekolah dia dulu.masa tu si beliau pun ada.dia cerita ada seorang budak ni hilang handphone lepas tu kan ustaz sekolah buat bacaan YAASIN nak tangkap siapa yang curi tu.lepas tu ustaz tu suruh setiap budak minum air yang dah dibaca dengan YAASIN supaya dapat detect sebab bila minum air tu automatiknya semua akan cakap jujur.kiranya siapa yang curi handphone tu akan mengakulah.tengah tengah syok layan cerita dia tiba tiba si beliau bersuara 'ustaz tu minum sekali tak?'pfffffft.




KONKLUSINYA,kita tak boleh membenci sesorang itu kalau kita tak kenal sesorang itu.kita tak boleh memandang rendah terhadap seseorang walaupun dia memang rendah.kita tak boleh kutuk kutuk orang itu walaupun kita memang seorang pengutuk dan kita. kita tidak boleh cakap kita benci dekat sesorang itu sebab nanti seseorang yang kita benci itulah yang akan jadi kawan kita yang betul betul rupa kawan.err err tiba tiba teringat zaman sekolah rendah tulis buku nilam kena ada nilai dan pengajaran.

akhir kata saya nak cakap saya sayang beliau dan saya harap beliau akan terus jadi sahabat saya  :') www.tips-fb.com

Wednesday, September 22, 2010

LUAHAN RASA

Ohh heloo saya kembali.tapi saya bukan lagi di penang , serius dah rindu penang.rendu dekat rumah.rendu dekat semua benda yang ada dekat penang.arghh , HOMESICK.sejak dua menjak ni rasa macam macam perasaan yang betul betul tak best.kalau rasa tengah bahagia tu lebih baik jangan baca.ini betul betul nak buat luahan rasa.ahhh geli gelilahh suka hati lah.



eh dengarlah dengarlah


semua benda buat jadi tak kena rasa nak emosi gila.demdemdemm it.tak suka memang benci.adess saya hanya taip dan backspace taip dan backspace taip dan backspace ohh ohh tak suka semua buat tak kena.tambah lagi tadi dengan test account yang gila bapak banyak soalan dan masa yang gila bapak sikit.ceh kenapa ada bapak bapak ni?-_____- tsk tsk 


lepas tu entah kenapa tiba tiba rasa sekarang ni sungguh senang touching and go dan sentap.nasib ada kawan kawan yang banyak bagi gelak lebih lebih lagi si ketam comel ,KAHKAHKAH (maaf ****** tapi nama ni memang sesuai dengan kau ,KAHKAHKAH) mungkin sebab taufan account yang melanda plus hormon yang gila terbalik tunggang langgang itu yang rasa ohh ohhh betul betul nak meraung sekarang.i need somebody now.hanya lagu ini yang jadi peneman seribu kali ulang pun tak bosan sampai habis bateri mp3 main lagu yang sama je teruk betulan T___T  tsk tsk


lepas tu pulak kan kan ada la saya suka dekat seorang ini tapi kan dia macam unpredictable lepas tu kan TETTTTTTT maaf siaran tertunda buat seketika waktu ,KAHKAHKAH.okay bye.


dem , mesti bulan dah nak mengambang.
www.tips-fb.com

Saturday, September 18, 2010

saya dah nak pergi , SELAMAT TINGGAL.

masa sungguh cepat berlalu , ohh kejamnya dunia ini (err melampau sangat ke ayat ini?) petang ini saya akan berangkat tinggalkan penang , my home sweet home.dan masanya pula untuk saya kembali meghadap buku 24 hours , jadi budak skema tercomel jalan tunduk tunduk buku di tangan 24 jam sampai bawa masuk toilet dan pakai baju   tutup tutup nampak muka saja besar.biasalah budak baik kan boyfriend pun tak pernah ada.
err boyfriend itu apa , semua orang sebut sebut boyfriend tapi saya tak tahu boyfriend itu apa sebenarnya (muka suci)  -___-


saya akan pergi tinggalkan semua yang ada di sini kenangan kelmarin , hari ini kau datang riang  eh eh ternyanyi pulak , lupa suara itu kan aurat T__T saya akan betul betul pergi tsk tsk tisu plis saya mesti akan rindukan keluarga saya lebih lebih lagi adik lelaki saya yang tak comel ,LOLO , bilik air saya , tempat makan saya , tv saya err err terlebih emo pulak ,maafkan saya sesungguhnya saya emosi (tipu)


petang ini juga tidak sampai 24 jam juga 24 hours saya akan pergi singgah di rumah nenek saya , yeahh boleh jumpa NURINA SOFEA kemudian hantar sepupu saya dan ahadnya pula akan balik ke tempat selayaknya saya di sana.tempat itu sungguh sungguh sungguh menerujakan (teruja la sangat) anda akan nampak hijau hijau saja lepas itu akan ada banyak binantang yang gigit anda ,jangan risau binatang yang gigit bukan manusia ya.semestinya akan balik ke arau ,perlis iya teruja sungguh kan tsk tsk

selepas itu bermulah kembali watak gadis yang sungguh comelayulemahlembutbudakbaik ,KAHKAHKAH err cover balik budak baik mana boleh gelak macamtu hikhikhik ( kena gelak cover dengan selimut).ishh nak meghitung hari bila pula nak cuti ni serius tak mahu balik dekat tempat tuu.nak menagislah macam ni.ada siapa siapa nak kongsikan tisu dengan saya tak


okaylah saya dah nak packing packing barang ni.banyak la nyahh barang nak kena bawa balik yang dalam luar kanan kiri semuanya ada kalau boleh satu rumah ni nak heret balik sana.(ini betul betul mengada)keeksaitednye nak balik arau sampai menangis nangis ohhh,huu.okay bye.



   keterujaan yang melampau melihat muka sendiri di skrin 
( yang kiri tak comel tu imran ,yang kanan comel tu saya)


suka cakap suka
www.tips-fb.com

Thursday, September 16, 2010

masalah paling besar saya , ada sesiapa boleh tolong tak ?

Ohh hari ini agak menyedihkan , sob sob -__- adik perempuan saya yang comel tu ( ENCIK TIKUS la cakap) dah pulang hostel.memang hari hari gelak dengan dia saja , sembang dengan dia , kukkikkukkik dengan dia , soksesksoksek dengan dia hari ini nampak gayanya sokseksoksek sorang sorang la.okay dah itu semua memang tiada kene mengena dengan tajuk di atas.


okies nah tengok gambar ini , inilah masalah paling besarr dalam hidup saya , ececehhh iyakah.siapa boleh teka memang suspect respect.

tiba tiba rasa macam nak menangis lagi , OHHMYYYGODDD

okay ,dah dapat apa masalah saya?itulah masalah saya , masalah yang tak pernah boleh diselesaikan dari dulu.nampak tak muka saya?agak agak kalau ambil gambar tu muka saya saja yang memenuhi ruangan ruangan kosong.sungguh tragis.kalau perasan kenapa gambar gambar saya yang lain tak nampak semua tu memang tipu , sebab cover dengan rambut yang ini serius tak boleh cover.


macam macam dah saya cuba.saya tanya makcik goggle , makcik goggle pun tak boleh jawab soalan saya.hari hari depan cermin saya tampar muka saya sebab nak kempiskan muka saya masih tak boleh jugak.dahlah tak kempis nampak makin besar lagi adalah ,huu serius betul betul nak menangis ni.


last last saya ambil ubat nak kurus walaupun mama cakap badan saya dah kurus muka saja yang besar.tapi masih lagi tak jalan ohh serius rasa macam demmdemmdemmm it!sampai mama saya cakap tak payah ambil ubat kurus nanati jalan nampak macam kepala saja yang jalan (dalam nada tahan gelak).


saya masih ingat masa zaman zaman sekolah menengah dulu ( ceh padahal baru tahun lepas) mesti ada saja yang tanya soalan bodoh dekat saya.kenapa muka awak besar?muka awak comellah ( perli) ,saya suka tengok muka awak.saya tak tahu ini pujian atau hinaaan tapi yang pasti ianya lebih kepada bukan pujian (faham sendirilah) rasa macam nak marah , jerit jerik dekat mereka mereka tu suruh stop tanya benda yang sama , heh serius geram gila ni.


kesimpulannya ada siapa siapa dekat sini tak yang boleh beritahu saya apa yang patut saya buat.tolonglah kalau ada apa apa tips macammana nak kuruskan muka jangn malau malu bagitahu ya.terima kasih kalau ada yang mendengar masalah saya ni,huu.okay dah saya nak pergi sambung tampar muka saya sambil kesat air masa tsk tsk


suka cakap suka
www.tips-fb.com

Tuesday, September 14, 2010

sesi photogerafie di bilik sendiri




selamat malam semua hari ini anda bersama saya lagi blablablaaa dalam tajuk photografie atau sesi ambil gambar atau sesi posing mosing atau sesi gedik menggedik atau apa apa yang sewaktu dengannya.modelnya ialah saya , jurukamera juga saya dan lokasi penempatan juga di rumah sendiri , memang jimat kos .


memandangkan keadaan diri yang agak cacat dalam segi ketinggian , mengaku juga saya akhirnya -___- kasihan kan isk isk tiada siapa nak ambil dia jadi model , dan jadilah dia model untuk diri sendiri .



KAHKAHKAH agak agak ada peluang untuk jadi model selimut tak

kakak saya selalu cakap saya ini cantik tetapi dalam gambar sajalah dekat luar biasa biasa saja , cehh dia tu memanglah hari hari nak sakitkan hati saya.saya mengaku saya memang photogenic hari hari saya nak ambil gambar.saya ni biasa biasa saja tiadalah cantik sangat ,tetapi comel sajaa -___- yang tu memang tak dapat dinafikan . okay FINE perasan lagi.


satu lagi bila ambil gambar saja mesti nak ambil dengan dia , OHH dialah satu bukan duanya adik perempuan saya yang paling paling saya close macam baju dalam dengan seluar dalam .sampaikan adik lelaki saya cakap kami macam kembar , kasihan adik lelaki saya dia seorang saja lelaki kenapalah bukan kau yang dilahirkan dulu.

dulu saya dengan adik perempuan saya selalu tanya kenapalah abang tidak wujud dalam keluarga kami . itulah kalau boleh nak saja suruh adik lelaki saya tu keluar dulu.biasalah bila dia seorang saja hero dalam keluarga dah tu pula anak bongsu memang gila manjalah sampaikan dulu saya pernah cuba pakaikan dia tudung ,KAHKAHKAH jahatkan saya.tapi serius dia lebih comel bertudung , OMG -____- maafkan saya di atas pengakuan ini imran

tetapi adanya adik lelaki saya seorang ini juga memang best.dengan dia sajalah saya boleh brutalbrutal , main bola sepak , tendang tendang dan saya selalu menjadi mangsa sasaran dia untuk ajak bermain.err kenapa tiba tiba rasa macam dah keluar topik ini okay dah lebih banyak taip lebih banyak merapu



macammana siapa lagi cantik


Okay berakhir sudah ucapan saya untuk malam ini lain kali jumpa lagi.sekian terima kasih , err ada ke yang baca


suka cakap suka
www.tips-fb.com

Monday, September 13, 2010

raya ohh raya


raya tahun ni macam tahun tahun lepas juga , tiada apa yang menarik semuanya biasa biasa saja..entah kenapa saya lebih suka bulan ramadhan berbanding hari raya aidilfitri , pelik kan?
sebelum itu mari kita tatap gambar comel saya -___- (comel keee?)



ada macam megan fox tak ? kahkahkah saya memang perasan -__-

tiada apa yang menarik seperti biasa saja semua raya pertama beraya di sini saja (penang) rumah sebelah abah dan sebelah petang baru pulang ke sungai petani , kampung di mana asal tempat saya dilahirkan..seriusly beraya di kampung lebih happening dan bermakna berbanding beraya di bandar..lebih lebih lagi bila NURINA SOFEA saya ada , ohh rasa macam tak mahu balik penang saja.


okay dan yang paling bestnya saya hampir terlupa tentang harijadi saya yang jatuh pada hari raya ketiga dan yang paling bahagianya permintaan dan doa saya dimakbulkan pada malam harijadi , ohh terima kasih TUHAN :)


sudah tiada idea untuk menulis , dah lama tinggalkn dunia belogging kerana sibuk dengan study sekarang , hmm doakan semuanya baik baik sahaja yee..hanya tinggal seminggu sahaja lagi cuti saya serius rasa masa begitu cepat berlari ,tak mahu tak mahu nanti mesti dah jarang balik rumah sebab lepas ni akan sibuk dengan test , quiz , assignment haihh ingatkan masuk u goyang kaki saja .


okaylah dah penat membebel tataplah gambar gambar di bawah ini pula











mereka mereka inilah membuatkan saya rasa bahagia bahagia sangat , terima kasih dan saya berharap saat saat untuk semua ini tidak akan terhenti , eh emo kejup :')


suka cakap suka
www.tips-fb.com

Thursday, September 9, 2010

pertama kali


OHHMYYGODD setelah sekian lama saya meninggalkan beliau kini saya kembali dengan beliau , beliau ialah belog saya tapi bukan yang dulu lagi..memang gila sayang dekat belog dulu tapi terpaksa melupakan beliau sebab belog yang dulu ada masalahh ,huu


sebab saya kembali berbelogging



saya renduu zaman bebeloging dulu rendu beloger lain ailyl rozanna,liyana lunia ,encik tikus dan semua semualah walaupun mereka mungkin tak kenal saya tetapi belog mereka superbest

belog boleh buat saya kenal ramai manusia manusia yang macam macam perangai dan macam macam cerita..ada yang begitu baik hari hari datang belog dan comment dan tinggalkan pesanan ohh tiba tiba rasa macam artis pulak ,KAHKAHKAH

saya juga rendu dengan encik NUFFNANG , beliau memang sungguh pemurah, leceh sekarang kena sign up untuk account baru memandangkan account lama problem..kalau nak kenal encik NUFFNANG kelik dekat sini anda akan rasa kenikmatannya --> PICIT

rendu nak masuk macam macam contest dalam belog ni ( err boleh diterima ke? ) contect muka tercomel ,contest photogenic , contest blablabla dan macam macamlah walaupun tak pernah menang -___-





selamat datang ke belog baru sayaa , aww renduuu dekat beloggers beloggers comel yang lain

suka cakap saja suka
www.tips-fb.com