DITAJA OLEH :


♥welcome to anyss reen lyfee

Thursday, September 30, 2010

saya sayang BELIAU

saya ada seorang kawan.kawan saya namanya blablabla eh eh kenapa tiba tiba rasa macam nak tulis karangan tahun satu 'SAHABAT SAYA'.err okay fine memang tak lawak -____- dah lama tak hupdate belog , dah lama tak belogrunning maaf ya kepada semua peminat saya yang menyokong saya dari kiri kanan depan belakang eh eh over pulak ,KAHKAHKAH bajet aretis.

back to the topic


dulu dulu masa awal awal saya memang tak suka beliau.serius ,saya tak tipu muka suci macam ni mana reti tipu tipu ni =.= masa awal awal masuk kelas kenal masa tu saya hanya kenal seorang umat manusia saja iaitu tettttttt namanya juga terpaksa dirahsiakan dan apabila saya terpandang beliau saya tak rasa pun macam nak kawan dengan beliau dan tak berminat pun nak kawan dengan beliau ,eh eh kenapa jujur sangat ni -___-


saya masih ingat masa awal awal bulan dulu ,beliau selalu datang seorang diri dalam omputih kata alone.lepas tu beliau akan pakai bedak banyak banyak dan akan kelihatanlah keputihan keputihan di wajah beliau.serius ,saya takut tengok beliau.dan setiap hari saya akan tertanya tanya beliau ni memang tak suka tengok cermin ke atau beliau ni semangat nak pergi kelas sampai tak sempat nak tengok cermin err maaf saya tak perlilah.


dan sehari tu TUHAN nak tunjuk dekat saya mungkin saya bergaduh dengan umat yang hanya seorang saya kawan tu dan entah macammana saya boleh 'ter'kawan dengan si beliau yang selama ini saya rasa saya tak berapa suka ini.OHHHHMYYYGODDD dah kenal beliau baru saya tahu beliau ini memang superfunny,superstok untuk dibuli , supersavers dan segala superlahh,KAHKAHKAH.tapi lepas tu kan saya dah baik balik dengan yang saya gaduh tu dan dan bermulanya saat itu jugalah kitorang tiga jadi sangat sangat rapat.dan hari hari jugalah dia buat saya tak kering gigi gusi.


SITUASI PERTAMA.

masa tu kelas BEL(english class)setiap orang kena buat mcam speaking exercise dekat depan cerita pasal 'my hometown'.okay tiba tiba lecturer tu panggil nama beliau.beliau dengan sengih sengihnya datang depan dengan bawa kertas conteng dekat tangan entah apa apa beliau tulis saya pun tak tahu.lepas tu beliau pun cakap cakap blablaaablaa tapi kan sambil beliau cakap beliau gelak ,beliau cakap beliau gelak saya hairan beliau ni buat speaking exercise  dekat depan ke laughing exercise.

SITUASI KEDUA.

kejadian ini baru saja berlaku semalam.semalam saya datang bilik beliau nak suruh beliau ajar saya math.lepas itu kan saya te'bau' something dan saya cakaplah dekat beliau '****** bau tak?wangi laa' sambil saya mengembang kempiskan hidung.beliau buat muka serius lepas tu cakap 'tak baik tegur'.terus muka saya terus pucat.segala bulu bulu yang ada habis terbang meremang.lepas tu dengan selambanya beliau cakap tu 'kak radin punya burgerlah'.demmmmmm it.


SITUASI KETIGA.

masa ni tengah on da way nak balik kelas .tiba tiba one of us buka cerita pasal kes budak sekolah dia dulu.masa tu si beliau pun ada.dia cerita ada seorang budak ni hilang handphone lepas tu kan ustaz sekolah buat bacaan YAASIN nak tangkap siapa yang curi tu.lepas tu ustaz tu suruh setiap budak minum air yang dah dibaca dengan YAASIN supaya dapat detect sebab bila minum air tu automatiknya semua akan cakap jujur.kiranya siapa yang curi handphone tu akan mengakulah.tengah tengah syok layan cerita dia tiba tiba si beliau bersuara 'ustaz tu minum sekali tak?'pfffffft.




KONKLUSINYA,kita tak boleh membenci sesorang itu kalau kita tak kenal sesorang itu.kita tak boleh memandang rendah terhadap seseorang walaupun dia memang rendah.kita tak boleh kutuk kutuk orang itu walaupun kita memang seorang pengutuk dan kita. kita tidak boleh cakap kita benci dekat sesorang itu sebab nanti seseorang yang kita benci itulah yang akan jadi kawan kita yang betul betul rupa kawan.err err tiba tiba teringat zaman sekolah rendah tulis buku nilam kena ada nilai dan pengajaran.

akhir kata saya nak cakap saya sayang beliau dan saya harap beliau akan terus jadi sahabat saya  :') www.tips-fb.com

4 comments: